well.
i believe that the school like what ayzie wrote in her blog.
should be a place for learning.
and as people said we do learn from mistakes.
right?
tetapi nampaknya indah khabar dari rupa.
sudah terlalu banyak yang aku sabarkan selama ini.
diskriminasi yang berlaku.
hanya kerana status dan kuasa.
dan.
pada hari ini ia berlaku lagi.
kepada seseorang sahabat yang kukira rapat.
sabarlah sahabatku!
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
setahu aku.
sekolah ialah tempat belajar.
dan.
kita belajar daripada kesilapan.
sekiranya kita tidak pernah melakukan kesilapan.
aku percaya kita sebenarnya tidak pernah belajar erti hidup yang sebenar.
aku teringat satu usul yang pernah aku perdebatkan satu ketika dahulu.
'sistem & prosedur meruntuhkan moral remaja'
aneh bukan?
bila dipandang secara kasar.
apa kaitan sistem & prosedur dengan keruntuhan moral remaja?
betul.
tapi jika difikirkan dengan teliti.
karenah birokrasi yang bermaharajalela inilah yang menjadi punca remaja memberontak.
kalau dulu.karenah birokrasi hanya melibatkan sektor2 kerajaan sama ada awam mahupun swasta.
nampaknya.
sekolah pun dah mula berlakunya pelbagai karenah birokrasi.
kadangkala aku tertanya.
cikgu2 kita ini pernah jadi muda kah suatu ketika dahulu?
adakah mereka jua manusia biasa yang pernah melakukan kesilapan?
atau mungkin mereka ialah golongan istimewa yang terlepas daripada kesilapan.
maafkan aku.
bukan niat mencabar guru2 apatah lagi mempersoalkan kemampuan mereka.
cuma.
mungkin darah muda yang membuak2 dalam diri.
kadangkala menelan rasionaliti aku. :)
ada sesetengah guru yang seolah2 tidak boleh menerima sekiranya anak murid mereka melakukan kesalahan.
adakah ini wajar?
renungkanlah.
dunia semakin bergerak pantas ke hadapan.
dalam meniti transisi globalisasi.
sepatutnya.
kita tiada masa untuk memikirkan masa silam.
kerana.
orang yang bijaksana akan mengikat lipatan sejarah dengan kuat dan menyimpannya di dalam peti dan memastikan bahawa peti tersebut tidak akan terbuka selama-lamanya.
kita seharusnya menjadikan yang lepas sebagai iktibar.
bukan penghalang untuk meneruskan hidup.
orang bijak pandai berkata :
angin sentiasa berhembus ke hadapan
sungai mengalir jua ke hadapan.
masa jua tidak akan pernah berhenti bergerak ke hadapan walau sesaat.
maka.
mengapa kita perlu begitu taksub dengan masa lampau.
mengapa kita asyik melihat masa silam yang tidak akan kembali.
bak kata abg izzat dari mckk :
jangan terlalu menoleh ke belakang.
kelak tingkah menjadi songsang.
langkah menjadi pincang.
kita jua yang akan kecundang.
forgive & move on.
let bygones be bygones.
:))
sesungguhnya.
manusia boleh berubah dalam sekelip mata.
everyone deserves a second chance in life.
:)
No comments:
Post a Comment