ohh.aku masih lagi dalam mood mahu menukilkan sesuatu.
tentang apa yah?
kegelapan hidup saat ini?
atau mungkin kesamaran masa depan yang masih tidak mampu ku tafsir.
sesungguhnya
aku begitu takut menghadapi hari esok.
seolah-olah satu trauma yang melanda.
mungkin kah akan ada lagi hari esok untuk insan hina seperti aku ini.Ya-Allah?
atau mungkin kehadirannya belum pasti
laksana pelangi yang belum pasti ada selepas hujan.
ya2. belum pasti dan kalau pun ada
tidak mungkin bisa aku gapai.
tidak mengapa mungkin kerana dengan hanya memandang pelangi yang ceria itu
hati aku pasti berbunga riang!
argh.bicara dalam hati tiada siapa yang mampu memahami.
mungkin memang aku ditakdirkan untuk menyimpan segala rasa ini jauh di sudut hatiku yang
makin tidak bernyawa.
kerana tidak guna dicerita kepada yang tidak merasai.
umpama air kosong yang tidak ada rasanya.
lalu aku mengambil keputusan.
daripada menjadi pensyarah yang tidak berasas bicaranya
lebih baik
aku menjadi penglipur lara yang bercerita dengan fantasinya.
tapi bicara dengan hatiku sendiri sahaja.
bisa?
No comments:
Post a Comment