Wednesday, January 14, 2009

migraine.



its been really a while since i experienced that pain.almost 2 months without any severe headache such as migraine until last monday.

ohh yes!

finally aku pun terkena migraine sudah lahh.

itu pun selepas sesi pendaftaran tingkatan 1 pada 12/01/09.

kesibukan para pengawas pada hari itu memang tidak mampu ditafsirkan

dengan kata-kata.

berlari-larian ke sana ke mari.

dengan HIGH HEELS yang baru itu.

kesian aku tengok rakan-rakan pengawas ketika itu.

ditambah dengan sedikit kekeliruan dan haru biru pada awalnya.

namun dengan kerjasama.

akhirnya perkara itu berjaya diatasi dengan sempurna (:



sebaik sahaja kami selesai mengangkat kerusi dan meja

yang digunakan untuk pendaftaran

itu lah kami di all-girls school.buat semua kerja angkat2 ni taw! (:

aku.hajar.aina pula disuruh oleh bonda untuk mengiringi pegawai dari kementerian untuk

memantau kawasan asrama sempena sesi kemasukan form 1 2009 ni.

jadi kami bertiga pun layan lahh 2 pegawai itu.

dan nasib mereka lah dapat aku & kawan aku 2 orang itu.

orang tak tanya pun.kami akan ceritakan juga.

hahaha. (:

ala.itu lah namanya pemantauan.

kita bertanya.ni senyap sangat jadi kami pun cerita lah serba-sedikit tentang

sekolah kesayangan kami ini. (:



then.

dari pukul 7.30 pagi hingga 3.30 petang.

baru lahh dapat berehat.

patutnya pukul 5.00 petang.ada diskusi debat.

tapi malangnya.

bila edda datang dorm cari aku.

aku tak larat pun nak bangun.maka aku pun buat pertama kalinya

tak datang diskusi tersebut.

kepala aku rasa macam nak meletup gila waktu itu.

tapi perlu diingatkan.

aku TAK minum nescafe melebihi kuota.okay?

walaupun terseksa dan diuji oleh macam-macam dugaan.

tapi aku minum 2 kali SAHAJA seminggu taw.

isy.baru aku faham kenapa orang kata bila kita sayang seseorang.

kita akan melakukan hampir semua benda untuk buat dia gembira.kan? (:



tapi.

kenapa selama ini bila orang suruh aku tak ikut sangat.

dan masalahnya kali ini.

aku ikut sahaja.malah.kadang-kadang terfikir untuk minum juga nescafe senyap2

lagipun dia jauh di sana.

takkan tahu.

masalahnya aku mesti teringat dia bila mahu minum nescafe dan janji aku.

jadi kerana sayang.

aku turutkan lahh.

lagipun untuk kebaikan aku juga kan.

lagipun aku makin suka minum SUSU.nyummy~ ngee (:

p/s : jiwang sikit kan?ala tak apa lah ye.haha.

No comments: