Saturday, January 17, 2009

pretend.

dulu.

aku ceria


peramah


suka gelak kuat-kuat


suka bercakap dan bercerita dengan beria-ria.


suka berkerut tapi gembira


suka berangan perkara yang seronok sahaja


pendek kata.dulu aku memang HYPER (:


tapi itu dulu.


dulu-dulu yang dah lama berlalu.


ezzah abdullah yang dulu dah lama mati?

mungkin.


sekarang aku macam mana?


suka termenung.



selalu menangis sendirian.


diam seribu bahasa.


kesunyian dan kesepian tatkala di kelilingi orang ramai.


ketawa dalam paksa.


senyum yang tidak rela.


gelak yang dibuat-dibuat.


kenapa jadi macam itu?
orang tanya.


entah lah.
itu lah hidup aku.
pelik dan sukar difahami.
dan aku tidak pernah meminta untuk difahami.
kerana aku sedar diri selalu.

kepada yang tidak mampu menerima.
terima kasih.

kepada yang masih lagi setia.
kalau lah mampu ku pintal awan di langit bagi menggambarkan rasa
sayang ku kepada kalian.
pasti ku lakukan.
namun aku tidak berdaya.
hanya secebis doa mampu ku kirimkan kepada yang Di Atas.

berbahagia lah kalian selalu.amin (:

peringatan kepada diri aku :
whenever Allah wills good for someone.He subjects them to adversity.
semoga aku tabah dan cekal menghadapi semua yang berlaku dalam hidup ini.


kepada seseorang yang begitu aku sayangi dari 2006 sehingga saat ini.
walaupun.
aku begitu sukar menerima hakikat yang dia juga menyayangi aku.
namun.
aku tidak pernah tidak percaya.
betul.

aku PERCAYA.

tapi masakan pipit bersahabat baik dengan enggang?
mungkin enggang tak kisah.

tapi burung yang lain pasti tidak puas hati.
malah pipit juga rendah hati.
mungkin.

ada burung lain yang lebih layak bergandingan dengan sang enggang.
dan sang pipit hanya boleh memandang dari jauh.
dan mendoakan enggang bahagia.
kerana bila enggang bahagia.

pipit pasti bahagia juga.

p/s : aku dah malas nak berdalih dah.aku memang sayang dia lah.

No comments: