aku nak cakap satu benda sahaja.
hidup ini umpama roda.
kadangkala kita di atas
tak lama lagi kita pasti berada di bawah.
itulah hukum karma.
tapi masalahnya.
aku tak gemar orang yang bercakap terlalu tak berlapik.
memang orang Barat kata.
honesty is the best policy.
tapi itu tidak boleh menjadi satu justifikasi untuk kita
cakap lepas tanpa fikir hati dan perasaan orang.
semua orang ada hak untuk diberi ruang dan peluang
dalam hidup mereka.
siapa kita untuk menghalang?
macam anak tiri yang diabaikan selama ini
bila anak emas yang ditatang macam minyak yang penuh dah tak ada
baru terhegeh-hegeh nak kat kita.
sudahlah begitu.
bagi amaran lagi.
hmm.
sepatutnya yang diberi ialah kata-kata semangat
bukan kata cabaran berbaur ugutan.
tidak semua orang sukakan keterbukaan.
keapda sesiapa yang berkaitan.
faham atau tidak faham.
biarlah anda.
sebagai kawan.
tolonglah jaga mulut celupar anda yang tiada insurans itu.
tidak semua orang senang dengan anda tapi tidak semua juga berani menyuarakan
bimbang mungkin.
emosi anda yang tidak stabil itu akan meletup macam
nuclear fission yang kita belajar tadi.
tengok.
bila orang tidak kata mereka tidak suka
tidak bererti mereka suka.kan?
anda tahu dan anda sedar
tapi anda seolah bangga
hmm.
jangan.
sikap menjengkilkan ini akan sebabkan orang menjauhkan diri daripada anda nanti.
faham?
No comments:
Post a Comment