kadangkala takdir itu suka mempermainkan kita
bila kita gembira datanglah duka
kala kita berduka muncul ceria
mungkin itu misteri hidup manusia
penat nak bermonolog dengan diri
tak mengapa ada hikmah di sebaliknya
sering kutermenung
berfikir
mengapa ia begitu?
mengapa bukan begini?
di mana khilafku?
apa kurangnya?
aku bingung
bila aku dekati semakin ia jauh pergi
bukan sekali
tapi tiga kali sudah ia terjadi
bila hampir dicapai aku gagal menggapai
orang tua pernah berkata
hasrat hati nak peluk gunung
apakan daya tangan tak sampai
takkan sampai atau akan sampai dengan sesuatu
maka akhirnya aku berhujah dengan hati dengan bantuan akal
aku takkan putus asa
tidak akan sekali kali
aku akan dapatkan ia kembali
kali ini ia takkan terlepas lagi.
aku pergi bahas zon tengah di semashur pada minggu lepas
keseluruhannya
pertandingan ini memang banyak membantu dari segi persiapan
pasukan utama
aku banyak berurusan dengan kekuatan mental aku sendiri
susah betul jadi ketua pasukan
apa-apa pun keputusan akhir
SSP vs SMAP K
pengambilan pekerja asing dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan masih diperlukan
usul ditolak
aku tersungkur lagi di pentas akhir
hajar aina farzana aira
terima kasih dan minta maaf atas segalanya
lain kali kita all out lagi.ok?
p/s : memang masuk syurga tapi singkat sungguh tempohnya
No comments:
Post a Comment