Thursday, April 16, 2009

mengapa berubah tiba-tiba?


aku sangat tak faham dengan hidup ini
kadangkala orang yang semalam baru sahaja bergelak ketawa
berkongsi ceritera hidup dengan ceria dan riang gembira
tiba-tiba diam seribu bahasa
tidak ada sapaan seperti biasa
kita biarkan kesunyian mengisi perbualan seharian kita

aku tak faham

mungkin itu memang takdirnya
kala persahabatan ini hanya mampu dikekalkan untuk seketika cuma
bila aku cuba tafsir eksplisit dan implisitnya
aku makin memahami
inilah yang mungkin dan pasti akan berlaku
pabila kita biarkan sang egoistik merasuk jiwa
menghasut kita agar keraskan hati senantiasa

biarkan sapaan mesra itu hilang dibawa angin
biarkan teguran itu ditelan ombak masa
biarkan senyuman itu sirna dalam kepekatan malam
biarkan mesra itu pudar dalam ribut kehidupan

kau takkan pernah sedar mahupun peduli


kerana



kau sering menangkan sang EGO yang tidak pernah tahu erti
toleransi dalam persahabatan

No comments: