aku tak tahulah nak start tulis entry ini dengan apa.
macam-macam berlaku dalam hidup aku dalam masa seminggu ini sahaja
sebenarnya agak menarik sebab banyak benda menarik boleh dishare.kan?
tetapi disebabkan kemalasan yang melampau nak menulis
atau mungkin kerana menyedari tiada siapa yang akan prihatin untuk baca dan cuba memahami.
haha.aku tahu blog aku ini memang agak bosan.macam orangnya juga actually.
entahlah.kadang-kadang macam nak ikut jejak langkah ayzie.
delete blog?hmm.i'll have to think about it.
sebab kalau anda semua perasan.aku ini bukan rajin nak update sangat pun.
bajet busy sebenarnya.haha
kalau update sekali pun.rasa macam tak menarik sangat kan.
tak apalah.dah nasib badan.aku rasa hidup aku ini sangat lah memenatkan.
penat nak melayan karenah orang.
penat nak menguatkan diri sendiri.
penat nak berhadapan dengan dugaan yang pelbagai.
penat nak hidup dah.
haish.
tapi aku sedarlah takkan nak bunuh diri pula en.
aku sedar lagilah.tapi itulah kadangkala macam batu yang asyik dititiskan air.
lama-lama lekuk juga en.
aku rasa hidup aku macam itu kot.haha :D
asyik tahan aja.aku takut lama-lama aku pun tewas dengan cabaran hidup.
okaylah.kita mulakan dengan finale wind orchestra.
aku rasa semua dah tahu keputusan pun.kan?
blog-blog kawan aku memang lagi majulah dalam bab-bab update event ini.
macam-macam mereka dah tulis aku kira.
kutukan,pendapat peribadi,luahan rasa semua dah ada.
aku pun tak tahu nak cakap apa lagi.
tapi kan aku sama macam mereka lah.terkejut dengan keputusan.
sudahlah tahun sebelumnya johan tiba-tiba bergelar pemenang sagu hati.
hati siapa yang tidak tersentuh dan terkilan?
tapi itulah percaturan Allah itu sangat misteri.hanya Dia yang tahu apa yang
direncanakan untuk kita selama ini.
aku juga typical SSPian yang memang tidak akan berpuas hati bila sekolah aku kecundang.
lagi-lagi dengan kemahiran aku meyakinkan orang untuk sokong pendapat aku!haha :D
tapi apa-apa pun aku masih lagi boleh berfikir dengan rasional.
adat bertanding.ada kalah ada yang menang.
in every victory,someone is hurt.
aku sangat memahami.belajar dari pengalaman.
kalah di semua pentas akhir memang mengajar aku jadi matang.
ayat orang yang famous nak comfort orang.
there is always next year!
haha.cliche.
obviously not for the fivers of course.
i knew precisely the feeling of being unable to bring your team to that
victorious glory.trust me.
but then again,whats there for us to do?
we can always make excuses of why we lose but at the end of the day
the verdict is still the same.
so whats left for us to do is to bounce back and fight again and again
until the glory is ours again.right?
kepada sekolah-sekolah yang bertepuk girang kami kecundang.
bumi ini sfera.
apa yang berlaku kepada kami akan berlaku juga kepada anda.
cuma tak tahu bila sahaja.
SDAR.MCKK.SAS.
ohh.sekolah semua lelaki semuanya rupanya.
tak tahulah di mana sifat lelaki gentleman yang sepatutnya ada dalam diri anda.
lelaki-lelaki yang akan menjadi pemimpin negara di masa hadapan
yang bersorak gembira ceria meraikan kekalahan orang lain.
tahniah dan syabas!
mungkin itulah integriti anda-anda semuanya.
sekalipun tidak semua yang berkelakuan sedemikian.
pepatah kegemaran cikgu bm aku.
kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
tapi ini bukan setitik nilanya tapi bertitik-titik.
yang sekadar menunjukkan kepada sekolah kluster yang hadir pada ketika itu
betapa bersatunya kita.murid-murid sekolah berasrama penuh yang
katanya cerdik pandai belaka.kan?
entahlah.bukan emosi tidak berasas tapi
sekadar meluahkan apa yang terbuku dalam hati kala
berada di sana.aku sedar aku pun tak betul sangat.maka bagi
sesiapa yang tidak berkenaan tidak perlu terasa atau melenting tidak tentu hala
tapi bagi yang terasa pedasnya cili ini
insaf.ok? :)
No comments:
Post a Comment