Wednesday, July 1, 2009

idk

smetimes it is difficult to make decisions.tapi kena buat juga akhirnya.if you think about it carefully,
most important thing is not necessarily making the right decision all the time but the courage to take the risk and accept all the consequences for all decision made and every action taken.
well,every action begets a reaction.



broken heart heals.Betul dan tidak pernah aku nafikan sebab aku tahu sedih macam mana pun kita,hidup tetap perlu diteruskan. In the future you will see things differently. Tapi masalahnya itu masa hadapan. Bagaimana dengan saat ini?
bagaimana dengan ketika ini? Adakah aku mampu kekal positif sebegini kala hidup bukan semakin mudah malah semakin sukar,membuatkan hati yang gundah semakin gulana.
Aku cukup tak suka perasaan aku sedih dan memerlukan seseorang untuk membantu aku meredakan kesuraman di hati ini.


Harapnya dengan kejatuhan datang kekuatan tiba-tiba bila aku tidak ada sesiapa. Aku sudah lama duduk dalam keadaan ada sesiapa dan aku tidak fikir banyak benda sangat though I know I have more to offer. Behaviour changed, no longer that ambitious, take everything for granted, slacker. And now is something i would regard as zaman kejatuhan aku sebab aku semakin kehilangan segalanya,sedikit demi sedikit.
Reputasi yang bertambah teruk,sesungguhnya aku takkan mampu melakar mahupun
menggambarkan perasan down aku yang gila melampau sekarang.


Kalaulah ada alat untuk measure air mata kan.aku pasti sudah berliter-liter air mata yang aku titiskan,memang penuh satu tempayan mungkin sebaik sahaja tahun 2008 hampir melabuhkan tirainya dan tahun 2009
mulai menampakkan sedikit wajahnya.kala itu aku hanya berharap tahun yang baru ini adalah tahun yang akan jadi pengubat kepada segala kesakitan yang aku alami.Tapi rupanya satu lagi harapan yang tak kesampaian.

penat meyakinkan diri sendiri bahawa dunia ini ibarat roda,
kadang kita di atas begitulah sebaliknya
namun aku mungkin bukan sahaja berada di bawah
mungkin sudah terperosok ke bawah tanah.
ada siapa sudi menghulur tangan dan menolong?


kala ini aku hanya mampu bertahan dalam hati,
berpura-pura biasa sahaja dan tidak terusik pun,
ramai yang cuba bersimpati aku tahu,
tapi seperti yang aku bilang kepada diriku setelah puas aku
berdialog malah bermonolog

berat mata yang melihat,namun berat lagi bahu yang memikul.





satu sahaja konklusi entry ini,

aku cuma manusia biasa.

No comments: