sering tertanya mana perginya si pelangi indah
yang sering tiba kala hati dan rasa ditutupi awan kelabu
namun kala ribut taufan menjelma dan mendatang
si pelangi tidak sudah ke mari
mengapa agaknya?
mungkin sudah ketemu rama-rama
yang baru bertamu di hati dan jiwa
kala itu logika sudah tidak berguna
tafsiran dan interpretasi semakin lusuh
tidak kelihatan
adakah ini petanda?
kekeliruan seringkali muncul bersama
angin malam yang menderu
menyapa wajah mengucapkan
membisikkan dengan lantang
satu kebenaran yang begitu sulit
malah tak mahu diterima
katanya;
biarlah ia berakhir di sini
biarkan rama-rama itu terbang sendiri
No comments:
Post a Comment