Saturday, October 10, 2009

sentimental :D

rasa macam dah lama tak menulis sesuatu yang panjang.
haha.
mungkin kerana kekangan masa atau mungkin juga
kesesakan minda yang penuh dengan agenda dan prioriti lain
membuatkan aku malas nak meluahkan kata dan pendapat dalam
ruangan maya ini.
cukup sekadar di minda.

aku agak terpanggil untuk mengulas sesuatu
tentang acara yang baru sahaja selesai hari khamis yang sudah
tentang impresi dan persepsi aku yang berubah
aku tidak menafikan ianya tidak lagi sama
tapi cukup sekadar itu sahaja
sekadar persoalan minda dan logika
tanpa campur tangan hati dan rasa.
ada faham?

bukan apa.
geram juga dengan segelintir manusia
yang begitu memuja dan mendewa-dewa kan
sedangkan bak kata pepatah
rambut sama hitam
hati masih lagi lain-lain
tapi tidak mengapa aku faham
homo sapiens tidak pernah sunyi daripada silap dan salah
maka sebagaimana kita tidak boleh
cepat menjustifikasi sesuatu itu buruk
kita juga tidak boleh menvarifikasi dengan simplistiknya
bahawa ia indah.bukan?
seperti kata sastera ;
pernah kuriba bulan sebelum ketahuan buruk wajahnya.

ingat?

maka cebisan kata peringatan
dari aku insan yang khilaf dan cela
usahlah terlalu teruja
nanti apa disangka lain pula jadinya
sentiasalah berwaspada pada realiti
kerana ia sering mengigit kita
sekalipun selepas dulitnya kita dengan
mimpi ilusi nan girang gembira


ini juga peringatan kepada aku
sebenarnya.



setelah tiga puluh empat purnama berlalu
hati aku tetap jua di sana
sekalipun bermacam aneka manusia
kutemu dan kujumpa
dia tetap tiada tolok komparasinya
apa ada padanya?
itu di benak mereka.
bukan itu persoalannya.

bagi aku.
kerana dia itu dia.

tiada apa penjelasan yang mampu
menghurainya
kerana mengenali dan menyayangi
adalah dua perkara yang berbeza.


ya Allah
semoga apa yang tercipta antara kita
terpelihara daripada semua noda cela
dunia
semoga terpelihara daripada kejam dan zalimnya
manusia
semoga terpelihara dengan doa harapan
dan keikhlasan persahabatan kita
yang tiada penghujungnya.


Amin ya Rabbal Alamin :)

No comments: