Friday, December 9, 2011

assalamualaikum

semalam memang hari yang memenatkan.
bukan penat fizikal.

penat dalam emosi sendiri.
haih.

kalau aku tulis semua apa yang aku rasa semalam
memang panjang post ni nanti
biarlah aku simpan sendiri

sebab kadang kadang soal hati dan perasaan ni
rumit untuk dimanifestasikan dengan kata-kata
susah nak mencari perkataan yang sesuai

satu yang pasti
aku tak kuat

aku penakut sebenarnya
aku takkan mampu menghadapi kehilangan
aku tak boleh

tapi aku percaya kalau aku latih diri aku
maka aku boleh
mungkin jawapannya ialah untuk aku kembali pada agama.

kembali kepada fitrah bahawa sebab kejadian kita ialah untuk
menjadi hamba Allah dan menyembahnya
bukan untuk menjadi hamba sesiapa atau apa-apa

the purpose of this life is to seek the pleasure of Allah.
and in the meantime,you can live your life the way you want it
as long as you stick to the first rule.

for Allah solely.

aku tahu aku penakut tapi sekurang-kurangnya aku jujur dengan diri aku sendiri
sejak dari cerita seorang lecturer aku pasal student dia meninggal sebab kemalangan.
sejak kawan baik aku bagitahu pasal kawan kepada kawan aku meninggal.

aku baca buku one more day yang berkisar tentang kehilangan.
aku mimpikan kan kematian.

astagfirullahalazim.

''every time the heart is distant fom Allah the harmful things are quick in approaching it and everytime the heart is close to Allah the harmful things become distant from it''

mungkin apa yang terjadi elok untuk aku fikirkan
sebab aku pun hamba Alla yang hina
sentiasa lupa dan alpa

mungkin ini peringatan kepada aku
hidup ini singkat dan Allah boleh mengambilnya bila-bila masa


dari Dia kita datang dan kepadaNya kita kembali.
yang masih bernyawa ini.
mari kita tunggu masa kita dan harapnya bila ia tiba

kita sudah bersedia. amin amin:)

ps : kepada arwah sahabat jauh saya tu. Al-fatihah.

No comments: