
pernah tak anda rasa sedih?
salah soalan.siapa yang tak pernah rasa sedih kan :)
sedih itu penting untuk muhasabah diri
hidup bukan hanya untuk gelak ketawa,hidup bukan hanya berfoya foya
tidak pernah untuk bercanda sentiasa
seperti cuaca dalam hidup manusia
kadang mendung kadang cerah
begitulah signifikan hidup kita
namun,satu yang perlu kita semat dalam sanubari dan perlu kita titip dalam kalbu
usah bersedih,Allah pasti ada bersama kita
bila kita percaya kepada kekuasaan Allah sebenarnya kita telah meletakkan satu harga dan nilai yang tinggi kepada maruah diri kita sebagai khalifah kerana kita yakin Allah sahaja yang Satu dan tiada sesiapa yang perlu kita tunduk lemah mahupun menyerah kalah kerana di mataNya kita semua sama dan tiada bedanya.
namun,
dengan mengingati Allah juga kita akan melatih diri untuk merendahkan hati
untuk menghargai orang di sekeliling
kita akan belajar untuk tidak menganggap diri kita hebat dan superior
jangan kita lupa pada sabda Rasulullah tentang syirik yang paling kerap terjadi namun tidak disedari ialah rasa riak,ujub dan takbur atas nikmat Allah.
maka ingatlah diri
jangan terlalu berbangga kerana semua yang kita punya itu hak Allah
dan jangan juga terlalu merendah diri kerana kita semua sama di mataNya dan hanya kepada Dia perlu berserah
p/s: ya Allah,lindungilah aku dari kejahatan diri aku sendiri dan jauhkanlah perasaan bangga,takut,gelisah dan putus asa dalam hati ini.amin amin.
coretan hati di tengah malam : 1257am
No comments:
Post a Comment