Saturday, July 21, 2012

Assalamualaikum.


Rasa nak menulis dah membuak buak dan akhirnya baru sekarang dapat. Fuuhh. Aku nak tulis banyak benda tapi sebab kekangan masa maka niat itu terbantut la akhirnya. Hari ini hari pertama berpuasa and aku kat UIAM ni. Yes, aku tak balik rumah lagi sebab aku tengah kerja sekarang. Alhamdulillah sebab dapat kerja. Tapi susah sikit sebab tempat kerja aku tu jauh wei. Bayangkan every weekdays i have to travel all the way from Gombak to Shah Alam tuuu. Mula-mula naik bus pergi terminal dan naik lrt ke kl sentral dan naik ktm ke batu tiga dan di sana ada orang akan ambil untuk hantar ke office. Kerja pun not bad lah dan orang-orang office pun baik baik semua. Cuma aku kerja sebulan sahaja kot sebab tak lama lagi semester baru akan bermula dan aku pun kena berehat. Sejak final exam habis haritu aku masih tidak berehat.


Minggu lepas aku dan rakan rakan satu batch ada reunion di Corus Paradise, Port Dickson and it was one hell of a fun reunion. Aku rasa tempat tu memang bergegar dengan kehadiran kami semua. Bising dan sangat meriah. Walaupun tempohnya singkat but it will be remembered. Terlalu banyak nak cakap pasal reunion tu. Aku pun tak tahu nak start kat mana. Hehehe


sisters by heart. oh orion :)



Okayla. aku dah taktahu nak cakap apa. aku nak pergi solat dan bersiap.
aku akan berbuka dengan high school bestie aku hari ini :)
dan besok aku akan pergi ke UTP untuk mini reunion dengan kawan kawan aku kat sana pulak.

Selamat berpuasa semua :)
semoga ini akan jadi Ramadhan yang lebih baik untuk kita semua.
amin amin


No comments: