assalamualaikum.
pertama kali. kali ini rasa semasa menulis post
ini agak berbeza kerana dilakukan melalui skrin
gadget yang kecil berbanding skrin komputer yang lebih besar. cuaca di gombak tidak menentu. kadangkala hujan lebat di mana matahari sangat segan untuk menampakkan wajahnya tapi kadangkala cukup berani keluar sampai boleh menggelegak kepala sebab bahangnya. tidak mengapa lah. tak baik asyik mengadu. '-_- sebab setiap yang Allah turunkan dan berikan itu ada sebab yang tersendiri dan sebagai hamba kita harus bersyukur bukan?
hidup seorang aku juga begitu. terkadang hidup dirasakan cukup indah, aku mahu terbang sebab mahu tunjuk kat semua aku gembira. hahaha. tapi di waktu yang lain aku hanya mahu sendiri. mahu sendiri dan melayan tangis sendiri. mahu duduk di bawah hujan agar hujan bisa mengusir gundah itu pergi.
No comments:
Post a Comment