Sejak dua menjak ni aku selalu terjumpa blog orang orang yang sangat inspiring bila aku blogwalking
aku memang bukan bloggers tegar macam sesetengah orang tapi aku lagi suka jadi silent readers.hehe.antara sebab yang jelas mengapa aku lately suka update blog ialah sebab aku tengah cuti semester dan aku tidak terlibat dengan mana-mana pertandingan debat dan sahabat baik aku yang sepatutnya jadi diari bergerak aku tengah kem sekarang so aku rasa aku kena menulis sebab aku memang kebosanan. tapi antara sebab utama aku blogwalking ialah sebab aku rasa seronok mengetahui tentang cara orang menghadapi masalah, cara orang berusaha merealisasikan impian hidup mereka sangat inspiring. alhamdulillah setakat ni aku memang jumpa banyak blog yang membuat aku rasa bersyukur dengan hidup aku dan membuat aku bersemangat untuk hidup lebih baik.walaupun ada sahaja blog yang tidak berapa inspiring.hahaha.
Tapi, ada beberapa perkara yang membuat aku tidak berapa gembira. Sebabnya dah lebih kurang 5 blog aku baca dan mereka semua ada persamaan. Mereka ialah pelajar cemerlang yang tidak lepas cut off penaja mereka dan tidak dapat terbang ke luar negara untuk belajar.Pelik kan kenapa aku kebetulan terbaca blog mereka. Entahlah sabar, bukan niat nak menghina mereka malah aku rasa kena tabik mereka ni sebenarnya. Sebab, mereka redha dengan takdir yang Allah tetapkan dan mereka move on kehidupan mereka dengan yakin dan percaya Allah sudah meletakkan ketetapan yang terbaik. Walaupun aku bukan golongan yang bernasib baik untuk terbang ke luar negara selepas SPM tapi aku percaya rezeki aku di sini dan aku yakin bahawa ketetapan setiap manusia yang ditentukan Allah adalah yang terbaik dan kita yang perlu mencari hikmah setiap yang terjadi. Buat mereka yang tak dapat terbang ke luar negara untuk belajar atau tidak lepas terbang sebab sayap patah.hehe.itu analogi untuk yang tak lepas cut off. Never frown!yakin dengan Allah,mungkin rezeki anda di sini dan mungkin ada perkara tidak elok yang akan terjadi jika anda ke sana. fikirkan. Teringat satu mafhum hadith Rasulullah saw:
"Sesiapa yg rela dengan rezeki Allah yg sedikit, Allah akan rela dengan amalnya yg sedikit"
'Ya Allah, Kau berikanlah yang terbaik buat diri kami, Kau mudahkanlah setiap urusan yang kami lakukan dan Kau berkatilah kami dalam setiap langkah kaki kami dan jauhkanlah kami dari sebarang perkara-perkara tidak elok' Amin Amin.
p/s : time aku tulis entry ni. sepanyol dah gol 2 lawan itali. hehe. go spain! :)
2 comments:
sometimes, that moment yang they are not there for us to express is the time for us to teach ourself on how to move on when they will leave us for a longer period.
and the moment they left is the start of a faith test :)
at the end of the test, it will result in either an unbreakable relationship or a broken one.
have faith k?
i will. thanks bestie.
i know you would always be there for me,come what may.kan?hehe.
aku kena balajar dari org bnyk pengalaman ni.haha.
Post a Comment