Assalamualaikum.
Dalam kehidupan sebagai seorang manusia biasa, kita memang akan diuji dengan pelbagai dugaan.
Baik dalam bentuk yang kita sedar seperti kesedihan, kemiskinan malah kehilangan atau dalam samaran yang tidak berapa jelas seperti kesenangan atau kekayaan. Allah itu Maha Mengetahui dan hanya Dia yang tahu apa hikmah disebalik semua itu. Seringkali dalam hidup, kita berharap kita dapat apa yang kita nak tapi hidup tidak semudah itu. Terkadang apa yang kita nak memang sangat hampir untuk kita dapat tetapi kerana ia bukan milik kita, akhirnya terlepas. Betul kita marah. kita sedih dan kita kecewa. Tapi adakah semua hanya akan berhenti di situ?
Hidup seorang mukmin tidak sepatutnya begitu. Walaubagaimana ujian dan dugaan tiba, dia tetap akan gagah meneruskan kehidupan. Allah senantiasa ada dengan kita dan kerana itu. Kita tidak perlu gentar dan khuatir sebab Allah sudah menjanjikan kesenangan di sebalik kesulitan yang akan kita alami.
Aku memang kecewa. Itu sudah pasti sebab aku pun manusia biasa tapi aku juga manusia biasa yang berakal rasional. Masakan hanya kerana sedikit dugaan, aku ingin berundur dan tidak mahu melangkah lagi. Aku percaya rezeki kita ada di mana-mana. Masanya sahaja belum tiba untuk bertemu dengan rezeki itu.
Pesan buat diriku : Betulkan niat dan percaya dengan takdir Allah :)

No comments:
Post a Comment